Loading...

Sunday, January 16, 2011

PYRALADY ~ Dari Wanita Untuk Wanita

Petikan dari Majalah MIDI keluaran 1 Disember 2010..........

Dalam kepelbagaian rawatan alternatif hari ini, masih belum banyak menggabungkan kaedah rawatan yang dipraktikkan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.    Rata-rata berkecenderungan memilih hanya salah satu daripadanya.   Sehingga muncul Pyra Quanta Touch, kaedah rawatan menggabungkan tenaga hayat dan tenaga alam semesta (kosmos).

Bagaimanapun tidak ramai yang tahu bahawa Pyra Quanta Touch atau PQT ini bukan sahaja mampu memberi kelegaan kepada penyakit yang mampu dilihat secara fizikal.    Tetapi juga pelbagai penyakit dalaman khususnya yang berkaitan dengan wanita, jelas Asmah Sabir, seorang pengamal PQT yang ditemui baru-baru ini. .


Dalam kalangan wanita, pelbagai penyakit yang kebiasaannya menyerang bahagian faraj, mereka bukanlah satu perkara baru.   Keputihan bukanlah satu perkara baru.    Keputihan atau lendir berlebihan, sengugut, haid tidak teratur, ketumbuhan dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa, Cuma ia masih belum mampu diperkatakan secara terbuka.    Samada gadis remaja atau wanita berusia, mereka lebih senang mendiamkan diri jika berhadapan dengan masalah sebegini daripada mengambil langkah awal dalam mengatasinya.    

Menggunakan ilmu yang dipelajari di Lothfi Ibrahim School of Pyracosmic Studies, Asmah memperkenalkan pelbagai kaedah rawatan bagi membantu masalah wanita yang disebutkan tadi.   Rawatan Urutan Wanita contohnya, mampu melancarkan perjalanan darah pada bahagian sulit wanita.   Selain mengemas dan membetulkan otot-otot faraj seperti dara, ia juga dapat membantu menaikkan kembali rahim serta membetulkan kedudukan usus kecil dan besar.

Rawatan dimulakan dengan mengewapkan bahagian faraj menggunakan mesin pengewapan khas  bahagian faraj (steamer) atau sauna terlebih dahulu antara 15 ke 20 minit.   Menerusi teknik sentuhan PQT, kemahiran focus minda serta teknik penafasan yang betul serta diiringi bacaan ayat-ayat suci al-Quran bukan sahaja lebihan lendir yang selama ini menghantui seseorang pesakit itu dapat dikeluarkan, malahan saki baki darah kotor yang selama ini tersumbat juga.   Biasanya ia turut mengeluarkan bau yang sangat busuk dan meloyakan, Jelas Asmah sambil  melakukan demontrasi.  

Keluarnya segala kotoran tersebut, tidak bermakna rawatan dijalani oleh seeorang wanita itu selesai.   Sebaliknya pesakit tersebut akan diberi pula rawatan urutan keseluruhan badan.    Selain membantu memperbetulkan kedudukan urat saraf di seluruh tubuh, urutan PQT yang istimewa itu dikatakan mampu membetulkan juga tulang yang bengkok secara metafizik.  


    Rawatan sedang dijalankan ke atas pesakit

Dengan izin allah, biasanya masalah seperti ini dapat diatasi.   Terdapat juga kes dimana pesakit kurang mempercayai apa yang kami maklumkan.   Jika begitu, kami akan meminta pesakit tersebut menjalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan bagi menjalani kaedah imbasan (x-ray).    Selalunya telahan kami tidak pernah tersasar, jelas Asmah lagi mengenai keistimewaan rawatan Pyralady ini.

BUKAN SEKADAR RAWATAN BIASA

Meskipun memberi penekanan terhadap pelbagai masalah wanita, teknik urutan yang mengaplikasikan pemindahan tenaga hayat kepada pesakit bagi tujuan kelegaan, Asmah juga mampu merawat penyakit lain.   Fibroid, mandul, jantung, hati, buah pinggang, usus, diabetes, darah tinggi, gila meroyan, kemurungan, bengkak rahim, urat saraf, migraine, penyakit kulit, sembelit dan resdung merupakan sebahagian daripada himpunan pelbagai penyakit yang pernah dirawat oleh Asmah menggunakan rawatan ini.


                                                                Masalah fibroid


Senggugut

Begitu juga dengan masalah mistik yang semakin banyak kita dengar hari ini.  Jangan tak tahu, kehadiran gangguan didalam tubuh badan kita jarang dapat kita lihat dengan mata kasar.   Hanya setelah kita menyentuh tubuh pesakit yang mengadu konsisi dirinya tidak sesihat dulu, barulah dapat diketahui wujudnya gangguan tersebut.    Apapun kami disini akan tetap melakukan rawatan sebagaimana dianjurkan.   Walaupun adakalanya begitu mencabar tetapi Alhamdullah, semuanya kembali sihat seperti asal dengan izin Allah.  Ujar Puan Sharifah Rodziah Syed Hashim pula, seorang lagi pengamal rawatan PQT ini.


EKSTRA !!

Rawatan Urutan Vagina in boleh dilakukan pada mana-mana wanita tanpa mengira usia.   Rawatan bukan sahaja untuk mereka yang bermasalah tetapi juga buat mereka yang ingin mengekalkan kesihatan diri unggul.    Semasa menjalani rawatan, pesakit juga akan diminta berzikir di dalam hati bagi memohon penyembuhan daripada Allah.   Zikir serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada beberapa surah terpilih, merupakan antara intipati rawatan “Pyralady” ini. Sebaik menjalani rawatan, kebiasaannya pesakit juga akan diajar teknik bernafas dengan betul bagi mengelakkan masalah berulang sekali gus mengekalkan kesihatan diri.


Untuk maklumat lanjut hubungi :

0173513424/0172435928 - Pusat Rawatan Kesihatan De Zana Edar








No comments:

Post a Comment